KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang mengesan Ramachandren a/l S Muthu Krishnan bagi membantu siasatan.
Alamat terakhir lelaki berusia 59 tahun itu adalah di No 27, Jalan Raja Nong 9A/KS2, Bunga Raya Residence Jalan Raja Nong, 41000, Klang, Selangor.
Orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai individu berkenaan diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Muhammad Sapuan bin Abd Ghani di talian 017-2690250 atau emel kepada [email protected]. – MalaysiaGazette
















