Pengarah JAIS, Datuk Mohd Shahzihan Ahmad mengumumkan Keputusan Penilaian Sekolah Rendah Agama (PSRA) 2025 di Dewan Jamuan, Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, Selangor. Foto AIZAT ZAINAL, 27 NOVEMBER 2025.

SHAH ALAM – Keputusan Penilaian Sekolah Rendah Agama (PSRA) 2025 di Selanggor terus mencatatkan peningkatan kelulusan sebanyak 0.6 peratus kepada 95.4 peratus berbanding tahun lalu sebanyak 89.4 peratus.

Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Mohd Shahizahan Ahmad berkata, jumlah calon PSRA yang berdaftar pada tahun ini adalah seramai 46,363 calon dan 99.3 peratus atau 46,044 calon hadir menduduki peperiksaan tersebut.

“Peratusan calon yang mendapat pangkat Mumtaz (cemerlang) catat peningkatan iaitu 24.1 peratus (11,155 calon), Jayyid Jiddan (sangat baik) adalah 41.6 peratus (19,305 calon) dan 9,234 calon mewakili 19.9 peratus mendapat Jayyid (baik).

“Calon yang mendapati pangkat Maqbul (lulus) catat penurunan  iaitu 9.7 peratus (4,516 calon) berbanding tahun lalu, 15.4 peratus( 6,904 calon) manakala Musaadah (perlu bimbingan) adalah seramai 1,834 calon iaitu 6.6 peratus,” katanya.

Pengarah JAIS, Datuk Mohd Shahzihan Ahmad mengumumkan Keputusan Penilaian Sekolah Rendah Agama (PSRA) 2025 di Dewan Jamuan, Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, Selangor. Foto AIZAT ZAINAL, 27 NOVEMBER 2025.

Beliau berkata demikian pada Majis Pengumuman Keputusan Peperiksaan PSRA 2025 di Dewan Masjuid Sultan Salahuddin Abdul Aziz, di sini, hari ini.

Mohd Shahzihan memaklumkan, Pencapaian Gred Purata Negeri (GPN) PSRA bagi tahun 2025 adalah catat keputusan cemerlang iaitu 2.21 berbanding tahun sebelumnya 2.53.

“Semakin kecil angka dipaparkan semakin cemerlang keputusan yang diperolehi. Tahniah kepada semua yang terlibat, semoga kecemerlangan yang dimiliki murid-murid ini menjadi penanda aras untuk kecemerlangan di masa akan datang.

“Saya yakin dan percaya bahawa kejayaan hari ini adalah hasil daripada iktiar yang tekun dan gerak kerja bersama daripada para murobi yang berjiwa pendidik dan murid yang gigih berusaha termasuk ibu bapa, serta PIBG yang tidak jemu menyokong,” jelasnya.  – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast