Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menafikan pegawainya mengacukan senjata ke kepala Albert Tei semasa proses penahanan ahli perniagaan berkenaan pagi tadi.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, proses penahanan ke atas Albert itu juga dijalankan mengikut prosedur yang ditetapkan.

Sehubungan itu, ujarnya, laporan polis telah dibuat hari ini supaya siasatan dapat dijalankan berhubung fitnah yang dilemparkan terhadap pegawai SPRM tersebut.

“Laporan polis tersebut juga dibuat untuk memastikan tiada pihak menyebarkan maklumat yang tidak disahkan, yang mungkin bertujuan mengganggu siasatan yang sedang dijalankan oleh SPRM,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu, sebuah portal berita memetik kenyataan isteri Albert yang mendakwa terdapat pegawai SPRM mengacukan pistol ke arah suaminya sebelum menggari ahli perniagaan itu sewaktu ditahan di kediamannya di Puchong, dekat sini pagi tadi.

Awal pagi hari ini, sekumpulan pegawai SPRM dengan kelengkapan taktikal penuh termasuk jaket kalis peluru dan balaklava menyerbu rumah Albert dan menahan beliau dengan membawanya menaiki sebuah kereta sedan berwarna hitam.

Bagaimanapun, penahanan Albert itu dipersoalkan peguamnya, Zaid Malek yang turut berada di lokasi kejadian dan merakam proses penahanan tersebut, yang menyifatkannya seolah-olah penahanan `seorang pengganas’. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast