Kempen ini berlangsung selama 31 hari.

KUALA LUMPUR – Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK) akan mengadakan Kempen Pengurangan Kompaun Letak Kereta bermula 1 Disember 2025 sehingga 31 Disember 2025.

Tawaran ini melibatkan kompaun letak kereta dengan kadar serendah RM15 sehingga RM300 bagi kompaun melibatkan pelbagai kesalahan trafik.

Kompaun di bawah Perenggan 51 (Kesalahan meletak kereta di petak khas), Perenggan 36 (2) (e) (Kesalahan di petak O.K.U) dan Perenggan 36 (1) (a) (Kesalahan menghalang atau menyebabkan terhalang mana-mana tempat atau petak letak kereta) serta Kompaun Kenderaan Berat dibawah Undang Undang Kecil Taman (MPK)2005 (UUK7) yang ditunda adalah tidak termasuk di dalam kempen ini.

MBDK berkata, semakan dan pembayaran kompaun boleh dibuat melalui laman sesawang Majlis iaitu ipay.mpklang.gov.my/home/kompaun, aplikasi Smart Parking MBDK dan Smart Selangor Parking serta perkhidmatan dalam talian KPKT iaitu pbtpay.kpkt.gov.my/home/semak.

Majlis juga menyediakan modul pembayaran secara online di mesin-mesin i-Kiosk dilokasi berikut:
1. Ruang Kiosk, Ibu Pejabat MBDK, Bangunan Sultan Alam Shah;
2. Pejabat Cawangan Kompleks Pasar Besar, Jalan Meru;
3. Pejabat Cawangan Jalan Tengku Kelana;
4. Pejabat Cawangan Jalan Raya Barat;
5. Ruang Legar Pasaraya GM Klang

Orang ramai digalakkan untuk merebut tawaran pengurangan kompaun letak kereta dengan menjelaskan tunggakan kompaun dengan kadar serendah RM15 sebelum tindakan yang lebih tegas diambil termasuk tindakan pendakwaan di mahkamah. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast