Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

GEORGE TOWN – Polis meminta saksi bebas tampil membantu siasatan berhubung kejadian pejalan kaki maut dipercayai akibat langgar lari di susur Jambatan Pulau Pinang arah ke Perai, hari ini.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Abdul Rozak Muhammad berkata, kejadian berlaku sekitar jam 6.30 pagi dan melibatkan seorang lelaki warga asing tanpa dokumen pengenalan diri yang dipercayai dilanggar kenderaan lain.

“Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, orang ramai atau saksi bebas yang mempunyai maklumat diminta menghubungi pegawai penyiasat kes, Inspektor Irwandy Hamled di talian 013-515 5656 bagi membantu siasatan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast