Foto: IPD Cameron Highlands

KUANTAN – Laluan masuk ke Apartmen Puncak Arabella, Tanah Rata, Cameron Highlands terputus hubungan selepas berlaku kejadian tanah runtuh di lereng bukit berhampiran Blok C bangunan kediaman itu, malam ini.

Ketua Polis Daerah Cameron Highlands Supt Azri Ramli berkata pihaknya menerima laporan mengenai kejadian yang berlaku di Jalan Puncak Arabella itu kira-kira 8.30 malam.

“Kejadian tanah runtuh itu menyebabkan laluan ke kawasan apartmen terputus hubungan, sekali gus menjejaskan pergerakan keluar masuk hampir 700 penduduk yang menetap di situ,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata beberapa agensi termasuk Polis Diraja Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia telah digerakkan ke lokasi bagi menjalankan tinjauan keselamatan dan tindakan awal.

Menurut kenyataan itu, perkembangan kejadian akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.- BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast