Bangunan Kementerian Pendidikan Malaysia.

KUALA LUMPUR – Sebanyak 35 buah sekolah di Negeri Sembilan rosak akibat ribut semalam.

Sekolah-sekolah yang terlibat berada di empat daerah iaitu Tampin, Rembau, Seremban dan Port Dickson. Tiada sebarang kecederaan yang dilaporkan di semua sekolah terlibat, kata Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan (JPNS).

Menurutnya, tiada sebarang kecederaan yang dilaporkan di semua sekolah terlibat dan JPNS telah mengambil tindakan pantas untuk turun ke setiap lokasi terjejas bagi memastikan keselamatan warga sekolah dan untuk tujuan pemeriksaan awal.

“Kerja baik pulih akan segera dilaksanakan sebaik proses penilaian tahap kerosakan selesai,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambahnya, semua sekolah terjejas akan menjalankan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR). – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast