Anggota bomba membersihkan kawasan tanah runtuh yang menghalang laluan ke Apartmen Puncak Arabella, Tanah Rata, Cameron Highlands. foto IPD Cameron Highlands.

KUALA LUMPUR – Laluan keluar masuk ke Apartmen Puncak Arabella, Tanah Rata, Cameron Highlands yang terputus hubungan akibat tanah runtuh semalam, telah dibuka semula selepas kerja-kerja pembersihan jalan selesai dilakukan pada jam 2.30 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Cameron Highlands, Supritenden Azri Ramli berkata, penduduk yang terkandas telah selamat pulang ke rumah masing-masing.

Menurutnya, kejadian tanah runtuh akibat hujan lebat yang berterusan telah menjejaskan akses kepada 346 buah rumah dan menyebabkan 28 unit rumah di Blok C berada dalam keadaan yang berisiko.

Susulan itu, Polis Diraja Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia telah ke lokasi kejadian bagi penilaian keselamatan.

Manakala, Jabatan Kerja Raya, Majlis Daerah Cameron Highlands dan SMR telah menjalankan kerja- kerja pembersihan tanah runtuh.

Keadaan laluan ke Apartmen Puncak Arabella, Tanah Rata, Cameron Highlands yang sudah dibersihkan. foto IPD Cameron Highlands.

Katanya, bomba telah menggunakan jentera untuk membersihkan laluan dengan menembak air atas jalan raya yang terkesan akibat tanah runtuh.

Seramai 53 orang penduduk daripada 13 keluarga terjejas dan sebahagian besar berpindah sendiri ke rumah saudara, manakala 17 orang telah ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Puncak Arabella dengan kerjasama Angkatan Pertahanan Malaysia.

Pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat pula bertindak membuat pengagihan kit barangan, toto dan selimut kepada mangsa di PPS.

Azri turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada semua agensi yang bertindak pantas dan memberi kerjasama bersepadu dalam menangani insiden ini. – MalaysiaGazette

Tanah runtuh: Hampir 700 penduduk Apartmen Puncak Arabella terputus hubungan

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast