KOTA KINABALU – Barisan Nasional (BN) berjaya merampas kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N.45 Sook menerusi calonnya Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Datuk Seri Arthur Josep Kurup.
DUN Sook menyaksikan pertembungan lima penjuru itu dan Arthur berjaya menewaskan penyandangnya iaitu Datuk Ellron Angin (GRS) selain Shafiq @ Joseph Peter Tinggi (Warisan), Ireneus Pagut @ Jreneus Pagut (STARSABAH) dan V Chong Vin @ Siau Ho (PIS).
DUN Sook mempunyai seramai 20,349 daftar pemilih untuk PRN Sabah ke-17 ini. – MalaysiaGazette
















