Datuk Seri Bung Moktar Radin

KOTA KINABALU – Calon Barisan Nasional (BN) N.588 Lamag, Datuk Seri Bung Moktar Radin berjaya mempertahankan kerusi tersebut berdasarkan keputusan tidak rasmi.

Ia merupakan kemenangan pertama BN sejak pusat pengundian ditutup pada 5.30 petang tadi.

DUN Lamag menyaksikan pertandingan enam penjuru dengan lawan yang lain antaranya Johainizamshah Johari (GRS-Gagasan Rakyat), Salahuddin @ Salehuddin Anoi(PIS), Mohd Saifullah Lokman(Warisan), Mohd Ismail Ayob(Bebas/IND) dan Mazlin Madali(PN-Bersatu).

Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 juga menyaksikan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) berjaya menambah lagi kerusi kemenangan setakat ini menjadikan lapan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Lapan kerusi tersebut Banggi, Sulaman, Membakut, Pitasan, Kemabong, Apas dan Sungai Manila. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast