KOTA KINABALU – Presiden Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Datuk Seri Hajiji Noor berjaya mempertahan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sulaman yang menjadi kubu kuatnya selama ini.
Kejayaan itu menjadikan GRS berjaya menambah lagi kerusi kemenangan setakat ini menjadikan sembilan kerusi.
Selain Sulaman, lapan kerusi lain yang dimenangi GRS adalah Banggi, Membakut, Pitasan, Kemabong, Apas, Kuamut dan Sungai Manila. – MalaysiaGazette
















