Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus

KUALA LUMPUR –  Polis masih mengesan saki baki individu yang terlibat dalam kejadian serangan terhadap seorang wartawan sukan, Haresh Deol pada 25 November lalu.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, walaupun seorang suspek telah dituduh siasatan masih bagi mengenal pasti dan menahan kesemua yang terlibat dalam kejaidan itu.

“Walaupun suspek sudah dituduh, kita masig lagi meneruskan siasatan kerana dia dituduh dibawah Seksyen 34 Kanun Keseksaan secara bersama,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas majlis penyerahan sumbangan ‘Masih Ada Yang Sayang’ di sini hari ini.

Bagaimanapun, Fadil enggan mengulas ketika ditanya sama ada suspek lain telah dikenal pasti dalam kes berkenaan.

Pada 25 November lalu, Haresh, yang juga pengasas bersama portal berita TwentyTwo13 menerusi hantaran di laman X mendakwa, beliau telah diserang oleh dua lelaki ketika menuju ke keretanya manakala seorang lagi merakam insiden itu menggunakan telefon bimbit. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast