KUALA LUMPUR – Ada pihak yang memutar belit dan memanipulasi jumlah hutang negara, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Bagiamanpun jelasnya, statisik tidak menipu dan akan sentiasa menjadi fakta.
Mengulas lanjut beliau berkata, maksud sebenar hutang statutori perlu diperjelaskan kepada rakyat untuk lebih memahami konteks angka hutang negara.
“Angka ini sebenarnya diputarkan, sebab itu statistic should not lie. Ada keadaan di mana statistik boleh dimanipulasi untuk tujuan memperdaya.
“Saya nak tegaskan di sini, apa maksud hutang statutori? Itu ada dalam undang-undang kita. Hutang statutori ialah jumlah keseluruhan pinjaman kita yang tidak melibatkan hutang luar negara yang (jumlahnya) kecil dan juga treasury bills (instrumen hutang jangka pendek),” katanya di Dewan Rakyat pada sesi Waktu Pertanyaan Perdana Menteri (PMQT).
Menurut beliau, terdapat penurunan daripada RM100 bilion kepada RM70 bilion terhadap hutang baru negara, yang mana jumlah tersebut disifatkannya sebagai signifikan.
Tambahnya, kerajaan tidak boleh membuat pengurangan yang banyak kerana perlu menerusikan projek asas yang perlu dilaksanakan atas kepentingan rakyat.
“Kita boleh turunkan kepada RM20 billion tahun depan tapi kerajaan negeri janganlah minta peruntukan. Jadi sebab itu penurunan itu harus menunjukkan keupayaan kita meneruskan projek asas yang wajib dilaksanakan seperti tebatan banjir, makanan asas, pendidikan, kesihatan dan lain-lain.
“Saya tidak fikir perkara ini harus mengelirukan kerana bila ada unjuran defisit kita kurang ini bermakna tanggungan hutang juga akan berkurangan. Umpamanya kalau tuntutan hutang sekarang, itu juga berkurangan kerana kita bayar mengikut obligation dengan masa yang ditetapkan,” jelasnya.
Anwar berkata demikian selepas Ahli Parlimen Bangi, Syahredzan Johan (Pakatan Harapan) dalam soalannya meminta penjelasan mengenai ada pihak yang mendakwa paras hutang kerajaan telah melepasi had hutang statutori kerajaan iaitu 65 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dengan menggunakan jumlah hutang luar negara iaitu RM1.4 trillion yang katanya telah melebihi had hutang. – MalaysiaGazette
















