GEORGE TOWN – Seorang lelaki bersama ibunya berusia 76 tahun cedera selepas kereta yang dinaiki mereka terbabas ke dalam semak di Jalan Paya Terubong di sini, hari ini.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat JBPM Pulau Pinang, John Sagun Francis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 2.36 petang dan jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Paya Terubong tiba di lokasi tujuh minit kemudian.
“Setibanya pasukan di lokasi mendapati, sebuah kereta jenis Perodua Axia telah terbabas di bahu jalan.
“Seorang lelaki berusia 59 tahun tersepit di bahagian pemandu namun dikeluarkan oleh orang awam sebelum ketibaan pihak bomba.
“Manakala ibunya berusia 79 tahun hanya mengalami kecederaan ringan akibat kejadian tersebut.
“Susulan itu, anggota bomba membuat pemantauan di sekitar lokasi bagi memastikan tiada kemerbahayaan lain sebelum mangsa diserahkan kepada pihak KKM untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Tambah beliau, operasi tamat sepenuhnya jam 3.03 petang.
Difahamkan, lelaki itu bersama ibunya dalam perjalanan dari Paya Terubong menghala ke Relau di sini. – MalaysiaGazette















