Suria FM raikan detik istimewa bersama pendengar setia sempena ulang tahun ke- 18.

KUALA LUMPUR – Stesen radio popular, Suria FM meraikan ulang tahun ke-18 dengan isyarat bersedia melangkah lebih jauh pada 2026 apabila muncul menerusi penjenamaan baharu mereka dengan slogan segar iaitu Muzik & Jiwa.

Pengurus Besar Suria FM, Roslinda Abdul Majid atau DJ Lin berkata, kejayaan Suria FM selama 18 tahun adalah berkat sokongan padu para pendengar, rakan media, klien serta rakan selebriti yang tidak pernah putus.

Katanya, dengan penjenamaan semula dan slogan baharu yang diperkenalkan, Suria FM komited untuk terus menghasilkan kandungan berkualiti serta mencipta banyak lagi momen yang lebih segar, dekat dan relevan di hati rakyat Malaysia.

“Suria FM mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan acara ini, termasuk pendengar setia serta rakan media yang sentiasa memberikan sokongan.

“Sambutan Suria 18 Tahun menjadi simbol hubungan erat Suria FM bersama pendengarnya serta komitmen berterusan Suria untuk terus menghiburkan rakyat Malaysia di masa hadapan,” katanya dalam satu kenyataan.

Sempena ulang tahun itu, Suria FM telah menganjurkan sambutan Suria 18 Tahun  di Sunway Lagoon Surf Beach yang turut disertai artis jemputan seperti Nabila Razali, Najmi Niery, Bella Astillah, Ara Johari, Wany Hasrita dan Aiman Tino.

Mereka turut terlibat dalam Explorace Sunway Challenge iaitu sebuah aktiviti penuh cabaran dan kerjasama yang menguji kreativiti, ketangkasan serta semangat berpasukan.

DJ Lin menambah, sambutan Suria 18 Tahun ini amat bermakna kerana ia menghimpunkan pendengar setia yang telah bersama kami sejak awal.

“Sambutan yang diberikan oleh pendengar benar-benar memberi semangat serta inspirasi kepada kami untuk terus mencipta detik-detik indah bersama mereka,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast