Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Polis Kelantan akan memohon perintah tahanan reman terhadap seorang lelaki di bawah Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah atas dakwaan kes amang seksual kanak-kanak perempuan.

Terdahulu, Ketua Polis Daerah Jeli, Superintendan Kamarulzaman Harun berkata, polis mengejar sebuah kereta jenis Perodua MyVi berwarna putih pada 1 Disember lalu dalam kejadian di daerah itu.

Menurutnya, suspek lelaki dalam kejadian itu difahamkan terlebih dahulu mengambil pelajar perempuan berkenaan di hadapan sebuah sekolah untuk dibawa ke kawasan perkelahan di Lata Renyut, Jeli.

KENYATAAN akhbar Polis Daerah Jeli, Kelantan berhubung kes amang seksual kanak-kanak perempuan.

Bagaimanapun, tambahnya, suspek telah berhenti di tepi jalan di Kampung Sungai Rual, Jeli untuk melakukan hubungan seks di dalam kereta dengan kerelaan hati pelajar perempuan berkenaan.

“Namun, suspek dan pelajar perempuan itu terkejut dengan kehadiran polis yang sedang melakukan rondaan.

“Susulan kejadian itu juga, satu laporan polis telah dibuat oleh pelajar perempuan berkenaan mengenai kejadian amang seksual kanak-kanak,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Sementara itu, Kamarulzaman menasihatkan orang ramai supaya mengelakkan sebarang perlakuan seksual di dalam kenderaan, sama ada di kawasan awam di tempat sunyi.

Tegas beliau, perbuatan itu boleh menimbulkan risiko jenayah dan implikasi undang-undang. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast