Reaksi bekas Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin selesai proses pembayaran jaminan RM150,000 melalui dua penjamin selepas didakwa berkaitan empat tuduhan rasuah berjumlah RM176,829.03 berhubung kelulusan lesen penerokaan mineral di Sabah ketika di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 04 DESEMBER 2025.

KUALA LUMPUR – Bekas Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd. Akin yang menghadapi empat pertuduhan rasuah, dilepaskan hari ini selepas membayar jaminan RM150,000 menerusi kutipan dana.

Peguam Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff yang mewakili Shamsul Iskandar berkata, anak guamya menyediakan wang jaminan melalui bantuan daripada kepimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan rakan-rakan yang membuat kutipan.

Ujarnya, Shamsul Iskandar yang pada asalnya tidak dapat mengumpul jumlah tersebut, akhirnya berjaya meraih dana dan seterusnya dijamin oleh seorang kenalan dari Melaka dan seorang lagi merupakan bekas Angkatan Muda Keadilan (AMK).

Reaksi bekas Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin selesai proses pembayaran jaminan RM150,000 melalui dua penjamin selepas didakwa berkaitan empat tuduhan rasuah berjumlah RM176,829.03 berhubung kelulusan lesen penerokaan mineral di Sabah ketika di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 04 DESEMBER 2025.

Sementara itu, Shamsul Iskandar ketika ditemui wakil media sejurus membayar jaminan, bertekad untuk membersihkan namanya daripada pertuduhan tersebut.

Ujarnya, sejak awal, beliau memang bersikap proaktif dan memberikan kerjasama kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sepanjang siasatan.

Dalam pada itu, Mohd. Yusmadi menyeru pelbagai pihak agar tidak membuat spekulasi kerana kes itu baru bermula.

Ujar peguam itu, pihaknya melihat banyak komen yang agak melampaui batas dan akan teliti komen-komen tersebut.

“Datuk Seri Shamsul memberi kerjasama penuh ketika siasatan dan mahu membuktikan beliau tidak bersalah melalui proses undang-undang,” ujarnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast