KAHERAH – Lapan negara Arab dan Islam menolak rancangan Israel untuk menggunakan lintasan Rafah untuk mengusir penduduk Palestin dari Gaza, menggesa negara penceroboh itu mematuhi pelan damai Trump dan resolusi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).
Menteri Luar Mesir, Jordan, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Indonesia, Pakistan, Turki, Arab Saudi dan Qatar menerusi satu kenyataan melahirkan kebimbangan dan menekankan penolakan mereka terhadao sebarang cubaan untuk mengubah realiti demografik Gaza atau mencabuli hak penduduk Palestin di tanah mereka.
Mereka menekankan tentang perlunya lintasan Rafah dibuka dua arah, mengikut terma rancangan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donaled Trump.
Menteri Luar terbabit turut menggariskan bahawa kebebasan pergerakan peru dijamin, tanpa sebarang paksaan atau tekanan penduduk Palestin meninggalkan Gaza.
Menteri Luar itu turut menegaskan tentang keperluan mewujudkan keadaan kehidupan yang selamat dan sopan untuk penduduk Palestin di Gaza, membolehkan mereka kekal di tanah milik masing-masing dan menyumbang untuk membina semula tanah air mereka.
Kenyataan tersebut meminta pengukuhan gencatan senjata sepenuhnya, menamatkan penderitaan aorang awam, tidak menghalang kemasukan bantuan kemanusiaan ke Gaza, memulakan usaha membina semula dan mewujudkan suasana Pihak Berkuasa Palestin menyambung semula tanggungjawab di Jalur Gaza.
Langkah tersebut, katanya, akan membuka jalan kepada fasa baharu keselamatan dan tadbir urus Gaza.
Sementara itu, kumpulan di Palestin menerusi kenyataan meminta orang tengah dan negara penjamin memastikan lintasan Rafah kekal dibuka dikedua-dua arah.
Mereka menggesa tekanan diberikan kepada pihak penceroboh untuk melaksanakan perjanjian Sharm el-Sheikh dan Resolusi Majlis Keselamatan PBB 2803, yang memberi amaran terhadap cubaan untuk mengehadkan akses atau memanipulasikan obligasi antarabangsa, yang dipromosikan oleh sumber-sumber Israel. – Agensi
















