KUALA LUMPUR – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di Klang, Petaling, Kuala Langat dan Sepang di Selangor sehingga jam 7 petang ini.
Amaran yang sama dikeluarkan bagi kawasan Port Dickson, Negeri Sembilan; dan Sri Aman (Lubok Antu), Sarikei (Julau), Sibu (Kanowit), Kapit (Song, Kapit dan Bukit Mabong) dan Limbang di Sarawak.
Manakala di Sabah, cuaca buruk dijangka berlaku di kawasan pedalaman (Sipitang, Tenom dan Beaufort) dan Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud).
Sementara itu, dalam kenyataannya pada jam 4 petang tadi, MetMalaysia meramalkan hujan berterusan (waspada) berkuatkuasa sehingga 8 dan 9 Disember ini akan berlaku di beberapa kawasan di Johor dan Sarawak.
Bagi amaran sehingga 8 Disember 2025 (esok), MetMalaysia meramalkan hujan berterusan kategori waspada akan melanda kawasan Segamat, Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru di Johor; dan Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman (Sri Aman), Betong, Sarikei (Pakan, Sarikei & Meradong) dan Sibu (Sibu & Selangau) di Sarawak.
Manakala amaran yang berkuatkuasa sehingga 9 Disember 2025 (Selasa) melibatkan kawasan seperti Mukah, Bintulu dan Miri (Subis, Beluru, Miri & Marudi) di Sarawak.

“Orang ramai boleh mendapatkan maklumat cuaca terkini melalui laman web rasmi Jabatan, aplikasi mobil myCuaca dan laman media sosial rasmi Jabatan.
“Talian hotline MET Malaysia 1-300-22-1638 boleh dihubungi bagi sebarang pertanyaan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. -MalaysiaGazette
















