Bayi yang ditemuikan dalam semak di Kuantan pada 11 November lalu mengalami kesan kemerahan pada bahagian hadapan badan dan kesan melecur pada kaki kanan kini dilapokan stabil

KUANTAN — Jabatan Kebaikan Masyarakat (JKM) Pahang sedang mengesan ibu kandung atau waris kepada seorang bayi lelaki yang ditemui dalam di kawasan semak di sini, pada 11 November lalu.

Orang awam yang mempunyai maklumat lanjut diminta  menghubungi Pelindung Kanak-Kanak, Siti Nur Aishah Jusoh di talian 09-5724225.

Menurutnnya, bayi tersebut berada dalam keadaan stabil selepas menerima rawatan rapi di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) dan ditempatkan di bawah jagaan pihak berkuasa.

“Bayi tersebut ditemui seorang wanita yang curiga melihat sesuatu di dalam semak sebelum menemukan seorang bayi lelaki tanpa sebarang dokumen pengenalan diri.

“Wanita berkenaan kemudiannya memaklumkan kepada suaminya, sebelum bayi tersebut dibawa ke balai polis,” katanya

Polis kemudiannya membawa bayi tersebut ke Hospital Tengku Ampun Afzan (HTAA) untuk rawatan lanjut dan kes dirujuk kepada Pelindung Kanak-Kanak serta Pegawai Kerja Sosial Perubatan HTAA.

Hasil pemeriksaan awal mendapati bayi seberat 2.5 kilogram itu berada dalam keadaan lemah namun stabil.

“Bayi itu juga mengalami kesan kemerahan pada bahagian hadapan badan dan kesan melecur pada kaki kanan serta disahkan mengalami jangkitan kuman.

“Bayi berkenaan dimasukkan ke unit rawatan rapi neonatal (NICU) sebelum dipindahkan ke Wad SCN 1 selepas keadaannya menunjukkan perkembangan positif,” katanya kepada MalaysiaGazette.

Kini, bayi tersebut ditempatkan di Rumah Kanak-Kanak Sultanah Hajjah Kalsom, Penor, Kuantan melalui perintah mahkamah. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast