Kemajuan Projek Infrastruktur Borneo: Komitmen Kerajaan Persekutuan Diperkukuh

Dalam ucapan pada Majlis Penutup Program Rancakkan MADANI Bersama Malaysiaku, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan komitmen kerajaan untuk menyelesaikan isu asas seperti api, air dan jalan, serta memastikan 250 projek utama dipantau secara berkala melalui mesyuarat bulanan antara Persekutuan dan Negeri.

Beliau turut memaklumkan perkembangan positif projek-projek bernilai RM6.9 bilion di Sabah dan RM6 bilion di Sarawak, termasuk kelulusan laluan redline tambahan bagi Sarawak. Perdana Menteri menekankan bahawa pelaksanaan projek di Sabah dan Sarawak kini berjalan lebih teratur dan menepati jadual, dan mengingatkan agar isu ini tidak dipandang ringan.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast