KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan telah menerima sekeping cakera padat (CD) yang diserahkan oleh salah seorang ahli keluarga suspek yang terlibat dalam insiden tembakan di Durian Tunggal, Melaka pada 6 Disember 2025.
Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail berkata, CD tersebut dipercayai mengandungi rakaman audio perbualan telefon antara suspek dan isterinya sebelum kejadian.
Beliau menegakan, PDRM komited menjalankan siasatan secara menyeluruh, profesional dan berintegriti, serta tidak akan berkompromi dengan sebarang bentuk salah laku.
Artikel berkaitan: Tiga penyamun ditembak mati, tangan polis hampir putus ditetak
Pasukan khas ambil alih siasatan kes tiga penyamun ditembak mati
“Masyarakat dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan maklumat tidak sahih yang boleh menjejaskan integriti siasatan yang sedang dijalankan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Pada 3 Disember 2025, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk M. Kumar memaklumkan telah menubuhkan pasukan siasatan khas yang diketuai oleh seorang pegawai kanan berpangkat senior assistant commissioner bagi mengambil alih dan mengendalikan siasatanini secara menyeluruh di peringkat Bukit Aman.
Langkah ini diambil bagi memastikan setiap aspek siasatan diteliti secara teratur, profesional dan tanpa sebarang kompromi.
Pada masa sama, PDRM turut mengalu-alukan maklumat daripada orang ramai berhubung insidenini melalui talian hotline 019-376 4763, dan menghargai kerjasama masyarakat dalam usaha menjaga keselamatan serta ketenteraman awam. – MalaysiaGazette
















