M. Kumar

KUALA LUMPUR – Bukit Aman menubuhkan satu pasukan khas untuk mengambil alih sepenuhnya siasatan kejadian tiga suspek mencederakan polis ditembak mati di Durian Tunggal Melaka, 24 November lalu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk M. Kumar berkata, pihaknya telah menerima laporan yang dibuat oleh ahli keluarga ketiga-tiga suspek semalam kerana tidak berpuas hati terhadap tindakan yang dilakukan dalam kejadian tersebut.

Menurutnya, jabatan itu memandang serius perkara ini dan memberi jaminan siasatan secara telus, adil dan profesional akan dijalankan berdasarkan undang-undang sedia ada bagi memastikan keadilan ditegakkan.

Ia termasuk menyiasat laporan-laporan polis yang dibuat oleh ahli keluarga ketiga-tiga suspek tersebut.

Sebelum ini, pada 24 November 2025, siasatan kes tersebut telah dimulakan di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan oleh Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Melaka.

Sehubungan itu, Kumar menasihatkan orang ramai untuk tidak membuat sebarang spekulasi atau memanipulasi fakta yang berpotensi mengganggu atau menjejaskan integriti siasatan yang sedang dijalankan.

Beliau meminta mana-mana pihak yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kejadian tersebut boleh salurkan kepada Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman melalui hotline pada nombor talian 019-376 4763. – MalaysiaGazette

Tiga penyamun ditembak mati, tangan polis hampir putus ditetak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast