Gambar hiasan.

JOHOR BAHRU – Seorang remaja lelaki maut selepas motosikal ditunggang terbabas dan melanggar sebatang pokok di Jalan Persiaran Selasih di sini hari ini.

Pemangku Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Superintendan Azrol Anuar Nor berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian tersebut pada pukul 5.28 petang.

“Kemalangan tersebut berlaku apabila motosikal jenis Honda NBC110MD yang ditunggang mangsa iaitu lelaki tempatan berusia 16 tahun keluar dari simpang blok perumahan Cempaka 10.

“Motosikal tersebut membelok ke kiri menghala Jalan Persiaran Selasih telah hilang kawalan lalu terbabas masuk ke bahu jalan dan melanggar sebatang pokok di bahu jalan,” katanya dalam kenyataan.

Katanya, akibat kemalangan tersebut penunggang terbabit mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian.

Menurut beliau, kes disiasat bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana menyebabkan kematian akibat memandu secara melulu dan berbahaya.

Azrol Anuar menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes berkenaan supaya menghubungi dan menyalurkan maklumat kepada Pegawai Penyiasat Inspektor Azalina Abdul Raof 013-286486.- MalaysiaGazette

 

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast