Hampir 80 peratus rumah mangsa terbakar dalam kejadian tersebut.

GEORGE TOWN – Seorang wanita hamil tiga bulan nyaris menjadi mangsa kebakaran selepas unit apartment yang didiaminya di Jalan Angsana, Ayer Itam di sini musnah dalam kebakaran semalam.

Difahamkan, wanita berusia 30-an itu sempat menyelamatkan diri sebelum pasukan bomba tiba di lokasi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang, John Sagun Francis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 9.18 malam dan tiba di lokasi 10 minit kemudian.

“Sebaik tiba, kebakaran sudah merebak penghuni berjaya keluar sebelum pasukan penyelamat dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Paya Terubong yang diketuai Komander Operasi Yusri Zakaria tiba.

“Proses pemadaman mengambil masa hampir 15 minit dan pasukan penyelamat melakukan ‘size up’ serta pemantauan bagi memastikan keselamatan.

“Mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan namun diberikan rawatan awal di lokasi sebelum dihantar hospital untuk pemeriksaan lanjut,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Tambah beliau, kebakaran rumah itu hampir 80 peratus dan operasi tamat sepenuhnya jam 10.33 malam. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast