Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR – Thailand dan Kemboja diminta bertenang dan perlu mengawal keadaan secara maksimum.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat kenyataan itu kerana amat bimbang dengan pertempuran bersenjata antara kedua-dua tentera negara tersebut di sepanjang sempadan mereka.

“Kami menggesa kedua-dua pihak agar menunjukkan tahap bertenang yang maksimum, mengekalkan saluran komunikasi yang terbuka dan menggunakan sepenuhnya mekanisme yang sedia ada,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sambil menzahirkan ucapan mengucapkan takziah kepada keluarga yang terkorban atau cedera dalam kejadian itu, beliau berkata, pertempuran yang berulang ini berisiko menjejaskan usaha yang telah dilakukan untuk menstabilkan hubungan antara kedua-dua negara berjiran tersebut.

Tambahnya, negara-negara di rantau ini juga tidak mampu melihat pertikaian Thailand dan Kemboja berlarutan hingga menjadi kitaran konfrontasi.

Oleh itu, keutamaan segera menghentikan pertempuran, melindungi orang awam dan kembali ke landasan diplomatik yang berasaskan undang-undang antarabangsa serta semangat kejiranan yang menjadi tunjang ASEAN.

Jelas Anwar, Malaysia bersedia untuk menyokong langkah-langkah yang dapat membantu memulihkan ketenangan dan mengelakkan insiden lanjut. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast