Timbalan Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mempengerusikan mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi UMNO di Menara Dato' Onn, Kuala Lumpur. Foto SADIQ SANI, 09 DISEMBER 2025

KUALA LUMPUR – Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO pasca Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17 malam ini diselubungi perasaan hiba selepas parti itu kehilangan salah seorang ahlinya, Allahyarham Datuk Seri Bung Moktar Radin pada 5 Disember lalu.

Sebelum mempengerusikan mesyuarat MKT UMNO malam ini, Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meminta agar perjumpaan bulanan itu dimulakan dengan majlis bacaan tahlil dan doa selamat untuk disedekahkan buat bekas Ketua UMNO Sabah itu.

Ahli MKT UMNO, Datuk Seri Jamil Khir Baharom hadir pada mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi UMNO di Menara Dato’ Onn, Kuala Lumpur. Foto SADIQ SANI, 09 DISEMBER 2025

Ahmad Zahid meminta agar bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Jamil Khir untuk memimpin bacaan tahlil dan doa selamat kira-kira 10 minit.

Bung Moktar yang juga ahli Parlimen Kinabatangan meninggal dunia di sebuah hospital swasta di Kota Kinabalu, Sabah awal pagi pada 5 Disember dan arwah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Likas pada 2.25 petang.

Bung Moktar, 66, meninggal dunia di sebuah hospital swasta di Kota Kinabalu pada 1.46 pagi dan pemergian itu disahkan anaknya Naim Kurniawan Moktar.

Timbalan Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hadir pada mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi UMNO di Menara Dato’ Onn, Kuala Lumpur. Foto SADIQ SANI, 09 DISEMBER 2025

Antara pimpinan UMNO yang hadir malam ini ialah Naib Presiden, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Datuk Seri Johari Abdul Ghani serta Setiausaha Agung, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.

Manakala ahli MKT UMNO yang hadir pula ialah Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah, Datuk Seri Ahmad Maslan, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, Datuk Dr Puad Zarkashi, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan, Datuk Seri Nur Jazlan Yaakub, Datuk Mohamad Alamin serta Datuk Lokman Noor Adam.

Turut hadir Pengerusi-Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri, antaranya Datuk Megat Zulkarnain Omardin (Selangor), Datuk Seri Saarani Mohamad (Perak), Datuk Rozi Mamat (Terengganu), Datuk Musa Sheikh Fadhir (Pulau Pinang), Datuk Seri Mahadzir Khalid (Kedah), Datuk Seri Jalaludin Alias.

Timbalan Menteri Kerja Raya yang juga ahli MKT UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan hadir pada mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi UMNO di Menara Dato’ Onn, Kuala Lumpur. Foto SADIQ SANI, 09 DISEMBER 2025

Sementara itu, Ahmad Maslan yang ditemui pemberita memberitahu, mesyuarat MKT malam ini bagi melakukan post mortem terhadap Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17 pada 29 November lalu.

“Hari ini hanya mesyuarat bulanan, tiada agenda terperinci, mungkin ada membincangkan mengenai post mortem Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17,” katanya kepada pemberita di lobi Menara Dato Onn, di sini, malam ini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast