SEREMBAN – Dua lelaki dilaporkan cedera selepas ditembak ketika berada di dalam sebuah kereta di Jalan Rasah menuju ke Plaza Tol Port Dickson, pagi tadi.

Menurut maklumat awal, kenderaan jenis Perodua Myvi yang dinaiki mangsa berhenti di tepi jalan sebelum orang awam mendapati kedua-duanya dalam keadaan tidak berdaya.

Rakaman yang tular menunjukkan pemandu tersandar di tempat duduk, manakala bahagian sisi kereta turut dipenuhi kesan darah.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Azahar Abdul Rahim, mengesahkan insiden itu berkata, kedua-dua lelaki terbabit telah dibawa ke hospital untuk rawatan segera.

Tambah beliau, ketika ini polis sedang menyiasat motif serta suspek yang terlibat dalam kejadian berkenaan serta kenyataan rasmi akan dikeluarkan kemudian. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast