Donald Trump

WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat Donald Trump berkata beliau merancang untuk “membuat satu panggilan telefon” pada Rabu berhubung pertempuran yang kembali tercetus antara Thailand dan Kemboja di sempadan yang dipertikaikan, yang telah memaksa penduduk dipindahkan.

Dalam ucapan kempen kepada penyokong di negeri Pennsylvania di timur laut Amerika Syarikat pada Selasa, Trump menyenaraikan pelbagai konflik yang beliau terlibat secara diplomatik, sebelum menutup dengan: “Dan saya tak suka nak sebut, satu bernama Kemboja-Thailand, yang bermula semula hari ini.”

“Esok, saya perlu membuat panggilan telefon, dan saya rasa mereka akan faham,” katanya lagi.

“Siapa lagi boleh berkata, ‘Saya akan membuat satu panggilan telefon dan menghentikan perang antara dua negara yang sangat berkuasa’?”

Trump telah bersama-menandatangani satu gencatan senjata antara Kemboja dan Thailand pada Oktober semasa lawatannya ke Asia.

Pertikaian antara Thailand dan Kemboja berpunca daripada perselisihan berusia lebih satu abad mengenai sempadan yang dilakar semasa pemerintahan kolonial Perancis di rantau itu, dengan kedua-dua pihak menuntut beberapa kawasan kuil sempadan.

Sementara itu, lebih lebih 500,000 orang telah melarikan diri dari rumah masing-masing ke tempat selamat di Thailand dan Kemboja sejak bermulanya konflik sempadan yang kembali tercetus, menurut kedua-dua kerajaan pada Rabu — melepasi jumlah keseluruhan pemindahan semasa insiden serupa awal tahun ini.

“Orang awam terpaksa dipindahkan dalam jumlah besar kerana apa yang kami nilai sebagai ancaman segera terhadap keselamatan mereka. Lebih 400,000 orang telah dipindahkan ke pusat perlindungan selamat” di tujuh wilayah, kata jurucakap kementerian pertahanan Thailand Surasant Kongsiri kepada wartawan pada sidang media.

“Kami mahu mengelakkan kejadian serangan terhadap orang awam seperti yang kami alami pada Julai 2025.”

Di Kemboja, jurucakap Kementerian Pertahanan Maly Socheata berkata, 101,229 orang telah dipindahkan ke pusat perlindungan selamat dan rumah saudara-mara di lima wilayah.

Kedua-dua negara jiran Asia Tenggara itu berselisih mengenai penandaan sempadan era kolonial sepanjang 800km, di mana tuntutan bersaing terhadap kuil-kuil bersejarah telah mencetuskan konflik bersenjata.

Pertempuran minggu ini adalah yang paling mengorbankan nyawa sejak lima hari pertempuran pada Julai yang meragut puluhan nyawa dan memindahkan kira-kira 300,000 orang di kedua-dua belah sempadan sebelum gencatan senjata rapuh dipersetujui susulan campur tangan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump.

Kedua-dua pihak saling menyalahkan atas tercetusnya pertempuran semula itu, yang pada Selasa telah merebak ke lima wilayah di Thailand dan Kemboja, menurut kiraan AFP berdasarkan kenyataan rasmi.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast