Seorang lelaki warga asing ditahan polis selepas bertindak agresif dan mengamuk menggunakan senjata tajam di sebuah pangsapuri, di Taman Wangsa Permai, Kepong, semalam.
Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata,, dalam kejadian pada 11.30 pagi itu, suspek berjaya ditahan polis dengan bantuan orang awam.















