Tayar belakang sebelah kiri pecah punca sebuah ambulans Hospital Segamat yang membawa seorang pesakit, terbabas dan terbalik.
Insiden jam 1.10 tengah hari semalam di Kilometer 58.9, Lebuhraya Utara-Selatan (arah selatan), mengorbankan pemandunya, Nurazrein Zainal, 43 tahun, selepas parah di kepala dan badan.















