Proton Wira yang merempuh sebuah trak tentera sehingga mengakibatkan seorang anggota ATM maut di Bukit Belah, Machang, Kelantan, 12 Disember 2025.

MACHANG – Sejumlah 41 pil berwarna kemerahan disyaki pil kuda ditemukan dalam kereta yang merempuh trak tentera di Kilometer 37.8, Jalan Kota Bharu-Kuala Kerai dekat Bukit Belah, di sini sehingga menyebabkan kematian seorang askar, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Machang, Superintendan Ahmad Shafiki Hussin, bagaimanapun berkata, ujian saringan air kencing masih belum dapat dilakukan terhadap pemandu kereta terbabit, setakat ini.

Jelasnya, lelaki berusia 34 tahun itu masih berada dalam keadaan kritikal dan sedang dirawat dalam pemantauan rapi Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia di Kubang Kerian.

Menurut beliau, lelaki berkenaan mengalami kecederaan parah di kepala dan badan serta patah kedua-dua belah kaki.

Ahmad Shafiki berkata, ketika kejadian lelaki berkenaan yang memandu kereta Proton Wira dari arah Kota Bharu menghala Kuala Krai.

Katanya, sebelum kejadian, terdapat saksi melihat kereta tersebut dipandu dalam keadaan terhuyung hayang di kanan kiri jalan.

Dua hari lalu, seorang anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) maut di lokasi kejadian manakala tiga lagi rakan setugasnya cedera selepas trak lima tan yang mereka naiki terlibat dalam kemalangan dengan sebuah Proton Wira di Bukit Belah. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast