This screen grab of UGC video taken on December 14, 2025 and received courtesy of Mike Ortiz shows beach-goers fleeing Bondi Beach after gunmen opened fire, in Sydney on December 14, 2025. Two suspected shooters opened fire at Sydney's iconic Bondi Beach, killing nine people and wounding multiple others in an attack that spread panic, with bodies reported lying on the ground. (Photo by Mike Ortiz / UGC / AFP) / NO USE AFTER DECEMBER 24, 2025 10:52:26 GMT - NO USE AFTER DECEMBER 24, 2025 10:52:26 GMT - RESTRICTED TO EDITORIAL USE – MANDATORY CREDIT AFP PHOTO / UGC / MIKE ORTIZ

SYDNEY – Dua individu melepaskan tembakan di Pantai Bondi, di sini, hari ini menyababkan sembilan maut dan 11 lagi cedera dalam serangan yang menyebabkan tercetus keadaan panik.

Perhimpunan tahunan ‘Chanukah by the Sea’ merupakan festival Yahudi dikenali Hanukah yang dirancang diadakan di pantai itu pada tengah hari, namun para pegawai tidak mengulas sama ada ia mempunyai kaitan dengan anti sematik.

Seramai 11 orang yang cedera dikejarkan ke hospital, kata polis New South Wales.

Salah seorang suspek terbunuh dan seorang lagi suspek berada dalam keadaan kritikal, kata pihak berkuasa yang tidak menyatakan motif kejadian.

Orang ramai lari bertempiaran di pantai yang terletak di timur Sydney yang menarik sejumlah besar pelancong, khususnya pada hujung minggu.

“Kami dengar tembakan, ia mengejutkan, rasa bunyi tembakan dalam masa 10 minit. Ia seperti datang daripada senjata yang sangat berkuasa,” kata pelajar dari Chile berusia 25 tahun, Camilo Diaz kepada AFP.

Perkhidmatan kecemasan menerima laporan pada jam 6.45 petang waktu tempatan, kata polis New South Wales.

“Beberapa item mencurigai yang ditemui di lokasi sedang diperiksa para pakar,” menurut polis menerusi satu kenyataan.

Seorang saksi yang enggan dikenali berkata, beliau melihat enam mayat atau tubuh yang cedera di pantai.

Wartawan AFP yang berada di lokasi berkata, orang ramai menyelamatkan diri dengan pantas, termasuk meninggalkan kereta sorong bayi di kawasan berbukit yang menghadap Pantai Bondi.

Para petugas paramedik memberi bantuan kepada mereka yang terbaring di atas rumput di pantai itu seperti dipaparkan rangkaian televisyen, ABC.

Senjata yang kelihatan seperti senapang patah dilihat berada berhampiran sebatang pokok di pantai tersebut.

Seorang pelancong British memberitahu AFP bahawa beliau melihat ‘dua penembak’ selepas tembakan dilepaskan.

“Terdapat tembakan, dua penembak berpakaian hitam dengan rifal semi automatik,” kata Timothy Brant-Coles sambil menambah beliau melihat orang ditembak dan cedera.

Perdana Menteri Australia, Anthony Albanese berkata, keadaan di Pantai Bondi adalah mengejutkan dan menyayat hati. – AFP

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast