Seorang jurukimpal maut selepas motosikal ditunggang terlibat kemalangan di Jalan Batu Pahat-Mersing, Kluang, hari ini.

KLUANG – Seorang jurukimpal maut selepas motosikal ditunggang terlibat kemalangan semasa dalam perjalanan ke tempat kerja di Kilometer 52 Jalan Batu Pahat-Mersing di sini hari ini.

Dalam kejadian tersebut, mangsa, Muhamad Syahmi Akmal Amchah yang berusia 25 tahun beralamat di Taman Sri Lalang di sini meninggal dunia.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, kejadian tersebut berlaku pukul 8 pagi ketika mangsa menunggang motosikal jenis Honda RS150R.

“Siasatan mendapati mangsa sedang dalam perjalanan ke tempat kerjanya di bandar ini. Semasa tiba di tempat kejadian motosikal terbabit hilang kawalan dan terbabas ke tengah jalan.

“Kemudian motosikal tersebut melanggar batu penghadang jalan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, akibat kemalangan tersebut mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian.

Tambahnya , kes disiasat bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast