KUALA LUMPUR – Polis menahan dua lagi lelaki yang disyaki terlibat dalam kes tembakan dalam kereta sehingga mengorbankan seorang pengawal peribadi di Jalan Rasah menghala ke Plaza Tol Port Dickson di Negeri Sembilan, 10 Disember lalu.
Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Azahar Abdul Rahim berkata, kedua-dua suspek berusia 30-an itu ditahan di Bagan Serai, Pulau Pinang semalam.
Penahanan dilakukan pasukan daripada Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Seremban hasil risikan yang dijalankan.
Menurut beliau, kedua-dua suspek kini direman lima hari bermula semalam hingga 19 Disember bagi membantu siasatan.
Sementara itu, tiga suspek yang tempoh reman mereka sepatutnya tamat semalam telah dilanjutkan sehingga 19 Disember ini.
Katanya, setakat ini, pihak polis telah menahan lima lelaki selain merampas satu senjata api jenis semi auto. -MalaysiaGazette
ARTIKEL BERKAITAN
















