KUALA LUMPUR – Tenaga Nasional Bhd. (TNB) terpaksa menutup bekalan elektrik di sekitar Kuantan, Pahang akibat hujan dan banjir yang melanda daerah itu.
Menerusi hantaran di Facebook, TNB berkata, terdapat lima pencawang yang terjejas ekoran penutupan bekalan elektrik oleh syarikat utiliti demi keselamatan pengguna setempat.
Pencawang yang terjejas adalah Sekolah Menengah Sri Damai, Sri Damai Sejahtera 1 & 2, Lorong Sri Damai Jaya 9,, Jalan Sri Damai Jaya 1/13 dan Mat Kilau.
TNB turut mengingatkan orang ramai agar tidak menghidupkan peralatan elektrik sekiranya palam atau soket alir keluar berada dalam keadaan basah atau dilitupi banjir atau mengalami kekotoran.-MalaysiaGazette
















