Logo Suruhanjaya Tenaga

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Asri Hamidin @ Hamidon dilantik sebagai Pengerusi Suruhanjaya Tenaga untuk tempoh satu tahun berkuat kuasa 1 Januari 2026.

Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (Petra) berkata, pelantikan ini selaras dengan peruntukan di bawah seksyen 5, Akta Suruhanjaya Tenaga 2001 [Akta 610] dengan persetujuan perdana menteri selaku menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi perkara-perkara yang berhubungan dengan pembekalan gas.

Asri, 59 tahun merupakan graduan Sarjana Ekonomi dari Universiti Hiroshima, Jepun dan pemegang Ijazah Sarjana Ekonomi dari Universiti Malaya.

Beliau telah menabur bakti dalam perkhidmatan awam selama 31 tahun, bermula sebagai Penolong Pengarah di Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri.

“Petra menzahirkan sekalung penghargaan dan terima kasih kepada Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar, Ketua Setiausaha Negara atas khidmat bakti beliau sebagai Pengerusi Suruhanjaya Tenaga,” kata kementerian itu dalam kenyataan hari ini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast