KUALA LUMPUR – Ahli perniagaan, Engku Emran meminta semua pihak agar berhenti memanggilnya sebagai bekas suami Erra Fazira.
Menerusi hantaran dalam InstaStory, Emran atau nama lengkapnya Engku Emran Engku Zainal Abidin, 50, memohon orang ramai memanggilnya sebagai bapa Aleesya.
“Orang patut berhenti memanggil saya sebagai bekas laki Erra. Panggil saya bapak Aleesya kan boleh,” tulisnya.
Sebelum ini, Emran mencuri perhatian ramai selepas dia berkongsi foto bersama Aleesya, Erra dan suami baharunya, Ezwan Zain sewaktu menghantar anaknya di lapangan terbang.
Menurutnya, itu pertama kali dia bertemu dengan bapa tiri Aleesya dan mengalu-alukan kedatangan lelaki itu ke dalam keluarga mereka dengan mesra.
Untuk rekod, Emran dan Erra pernah berkahwin pada tahun 2007.
Namun jodoh mereka tidak panjang apabila bercerai pada 2014. – MalaysiaGazette















