Sesi fotografi bersama Datuk Fazley Yaakob pada Majlis Pelantikan Duta Jaya Grocer dan Suka Sucre Creatives di The Straling Mall, Petaling Jaya Selangor. foto IQBAL BASRI, 20 SEPTEMBER 2017

KUALA LUMPUR – Penyanyi dan cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob menasihatkan orang ramai tidak memihak kepada mana-mana pihak berhubung isu kemelut rumah tangga khususnya penceraian.

Katanya, dalam isu berkenaan belum tentu suami atau isteri akan jujur kerana masing-masing mahu menutup aib.

“Korang (Kalian) kena faham.. Bila berlaku proses penceraian, tak boleh dengar cerita dari sebelah pihak saja. Bila isteri bercerita semua back up (berpihak) isteri, bila suami buka mulut semua tiba-tiba menyebelahi suami.

“Lebih elok jika kalian tidak menyebelahi mana-mana pihak. Tidak perlu jadi penyokong mana-mana pihak. Belum tentu suami atau isteri jujur sebab masing-masing kena tutup aib sendiri melebihi aib pasangan. Itu reality yang kalian kena faham,” tulisnya di Threads.

Kenyataan penyanyi berusia 47 tahun itu tidak secara spesifik ditujukan kepada mana-mana pihak.

Fazley bercerai dengan isterinya Azrene Soraya Abdul Aziz pada 15 Oktober tahun lalu selepas 18 tahun mendirikan rumah tangga.

Meskipun begitu, Fazley berkata hubungannya dengan Azrene kekal baik dan terus menjaga anak bersama-sama.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast