Gambar hiasan

SEREMBAN – Polis menahan seorang lagi lelaki bagi membantu siasatan kes penemuan mayat seorang wanita di dalam sebuah beg yang ditanam di belakang sebuah rumah tidak berpenghuni di Kampung Batu 4 Pedas, Rembau semalam.

Timbalan Ketua Polis Negeri Sembilan SAC Muhammad Idzam Jaafar berkata lelaki berusia awal 50-an itu ditahan di sekitar Genting Sempah, Pahang petang tadi.

“Dengan penahanan itu, menjadikan dua lelaki ditahan untuk bantu siasatan kes ini dan siasatan masih dilakukan,” katanya kepada Bernama hari ini.

Bernama hari ini melaporkan seorang lelaki ditahan di Melaka, semalam bagi membantu siasatan kes penemuan mayat wanita dalam beg yang ditanam di belakang sebuah rumah tidak berpenghuni di Kampung Batu 4, Pedas, di sini.

Lelaki itu kemudian direman selama seminggu hingga Khamis ini untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.- BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast