KUALA LUMPUR – Pereka fesyen tempatan, Hatta Dolmat menitipkan kata-kata semangat kepada pelakon Uqasha Senrose yang kini berdepan dengan kemelut rumah tangga.
Menerusi perkongsian status di Threads, Muhammad Hatta Dolmat, 43 berkata, bukan hanya keluarga pelakon wanita itu malah ramai lagi yang menyayanginya.
Katanya, individu yang berdepan dengan kemelut berkenaan memahami situasi sebenar.
“Semoga Allah baluti @uqashasenrose2 dengan kasih sayang dan kebahagiaan amin.
“Yang mengalami lebih fahami yang mengetahui hanyalah yang Maha Esa. Kami semua hanya mampu doakan kebaikan rahmat dan kasih sayang. Insy-Allah,” tulisnya.
Semalam, Uqasha mendakwa dia didera mental dan fizikal oleh suaminya Kamal Adli.
Kenyataan tersebut dibuat oleh pelakon berkenaan semasa hadir prosiding Jawatankuasa Pendamai (JKP) di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan
Uqasha turut mendakwa, dia didera ketika sedang sarat mengandung tujuh bulan selain menuduh suaminya culas dalam memberi nafkah untuk mereka sekeluarga.
Isu pergolakan rumah tangga kedua-dua pelakon itu hangat selepas Uqasha memfailkan permohonan cerai terhadap Kamal pada 1 Oktober lalu.
Namun Kamal enggan melafaskan talak kepada isterinya.
Mahkamah menetapkan prosiding perceraian antara pasangan berkenaan disambung pada 12 Januari 2026.-MalaysiaGazette
















