Suasana di Lapangan Terbang Delhi. Foto Hindustan Times

NEW DELHI – Sebanyak 97 penerbangan dibatalkan dan lebih 200 penerbangan mengalami kelewatan akibat keadaan jarak penglihatan rendah susulan kabus tebal di Lapangan Terbang Delhi pada hari Ahad.

Ia melibatkan 48 penerbangan ketibaan dan 49 penerbangan berlepas telah dibatalkan di lapangan terbang tersebut, lapor Press Trust of India.

Menurut maklumat terkini di laman penjejakan penerbangan Flightradar24.com, lebih 200 penerbangan mengalami kelewatan dengan purata masa kelewatan sekitar 23 minit bagi penerbangan berlepas di lapangan terbang berkenaan.

Dalam satu hantaran di X, Delhi International Airport Limited (DIAL), yang mengendalikan Lapangan Terbang Antarabangsa Indira Gandhi (IGIA) pula memaklumkan operasi lapangan terbang berjalan lancar walaupun keadaan cuaca semasa.

IGIA merupakan lapangan terbang terbesar di negara itu dan lazimnya mengendalikan sekitar 1,300 penerbangan setiap hari.

Perkhidmatan penerbangan telah mengalami gangguan berulang sejak beberapa hari lalu di Delhi dan beberapa lapangan terbang lain di seluruh utara India akibat keadaan kabus tebal yang berterusan. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast