Tangkap layar klip video tinjauan banjir di Facebook Kesultanan Pahang

KUANTAN – Situasi banjir di Pahang semakin pulih, namun seramai 4,971 individu daripada 1,680 keluarga masih terjejas dan berada di 40 buah Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di tujuh daerah yang terlibat.

Menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Pahang, daerah Kuantan merekodkan seramai 4,221 mangsa banjir daripada 1,453 keluarga yang berlindung di 22 buah PPS setakat jam 8 pagi ini.

Daerah Pekan merekodkan seramai 460 individu daripada 155 keluarga masih terjejas dan berada di enam buah PPS.

Manakala seramai 86 individu daripada 27 keluarga yang terjejas di daerah Jerantut pula ditempatkan di empat buat PPS.

Daerah Bera merekodkan seramai 68 mangsa banjir daripada 16 keluarga di tiga buah PPS, manakala 59 mangsa banjir daripada 13 keluarga di daerah Temerloh kini berada di tiga buah PPS yang masih dibuka.

Sementara itu, seramai 42 individu daripada 13 keluarga masih terjejas akibat banjir di daerah Rompin dan berlindung di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Tekek, Pulau Tioman.

Di Maran, seramai 35 individu daripada enam keluarga masih terjejas akibat banjir dan berada di PPS Balairaya Kampung Baru Pertanian.

Dalam pada itu, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) memaklumkan bahawa Lembangan Sungai Rompin melibatkan Sungai Keratong berada pada paras BAHAYA.

Begitu juga dengan empat sungai di Lembangan Sungai Pahang yang merekodkan bacaan paras BAHAYA iaitu di Waterfront, Bera; Lubuk Paku dan Kampung Subuh, Maran serta Kuala Sungai Chini, Pekan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast