KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menerusi Ops Anti-Litter pada Jumaat lalu mengeluarkan lapan kompaun melibatkan pelbagai kesalahan sebagai usaha memastikan kebersihan dan kesejahteraan persekitaran bandar sentiasa terpelihara.

Menurutnya, operasi penguatkuasaan itu dijalankan di sekitar Jalan Ampang dan Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).

Antara kesalahan yang dikenal pasti termasuk tiga kompaun di bawah Seksyen 46(1)(d) kerana meletakkan barangan berkaitan aktiviti perniagaan di tempat awam.

Manakala selebihnya adalah kompaun di bawah Seksyen 47(1)(a) kerana perbuatan membuang dan meninggalkan sampah di kawasan awam.

“Di samping penguatkuasaan, penekanan turut diberikan kepada aspek kesedaran awam melalui penyampaian maklumat dan peringatan berkaitan pematuhan peraturan kebersihan, khususnya melibatkan pengurusan sampah, penggunaan kemudahan awam serta larangan menghalang longkang dan laluan pejalan kaki,” katanya menerusi kenyataan.

Sebagai rekod, DBKL berkata, operasi tersebut merupakan sebahagian daripada langkah berterusan DBKL dalam memastikan persekitaran bandar kekal bersih, teratur dan kondusif demi keselesaan serta kesejahteraan warga ibu kota.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast