Komuniti Orang Asli di Parlimen Pekan menzahirkan harapan agar keputusan hari ini memihak kepada Datuk Seri Najib Tun Razak, sekali gus membolehkan beliau pulang ke rumah. Menurut mereka, Datuk Seri Najib telah banyak berjasa kepada masyarakat Orang Asli di kawasan itu sepanjang tempoh perkhidmatannya.















