KUALA LUMPUR – Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia berjumlah AS$124.3 bilion pada 15 Disember 2025 berbanding AS$124.1 bilion pada 28 November lalu.
Paras rizab ini memadai untuk membiayai 4.8 bulan import barangan dan perkhidmatan, dan 0.9 kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek, kata bank pusat itu. – MalaysiaGazette
















