Anggota bomba memadam kebakaran di tapak parkir sebuah medan selera di Jalan Song Ban Kheng.

BUKIT MERTAJAM – Empat kenderaan musnah dalam satu kebakaran di tapak parkir sebuah medan selera di Jalan Song Ban Kheng di sini, hari ini

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang, John Sagun Francis berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian kira-kira jam 2.27 petang sebelum sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bandar Perda digerakkan ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira tiga kilometer dari balai.

“Kebakaran melibatkan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Vellfire dan sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis BMW X5 yang masing-masing mengalami kemusnahan dianggarkan sebanyak 95 peratus.

“Turut terlibat ialah dua buah kenderaan sedan jenis Toyota Camry dengan anggaran kemusnahan masing-masing sebanyak 30 peratus dan 15 peratus.

Api dipadamkan sepenuhnya jam 3.04 petang ini.

“Jentera bomba tiba di lokasi pada jam 2.38 petang dan segera menjalankan penilaian awal atau size updengan anggota memakai peralatan perlindungan diri (PPE) lengkap.

“Kebakaran dipadam sepenuhnya pada jam 3.04 petang dengan bantuan Pasukan Bomba Sukarela (PBS) berhampiran,” katanya.

Tanbah beliau, tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam kejadian berkenaan.

“Operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 3.36 petang dan lokasi kejadian kemudiannya diserahkan kepada Pasukan Penyiasatan Kebakaran (FIO) bagi tindakan lanjut,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast