Kakitangan SPRM bergambar bersama kanak-kanak pekak Taska Istika Jaya serta pengasuh mereka di Puchong, Selangor.

KUALA LUMPUR – Buat julung kalinya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Persekutuan Orang Pekak Malaysia (MFD) mengadakan perjanjian persefahaman (MoU) dalam satu majlis di pejabat MFD, Puchong dekat sini baru-baru ini.

MoU itu antara lain mewujudkan kerjasama dalam menjalankan aktiviti dan program termasuk bagi memberi kefahaman lebih mendalam kepada komuniti pekak mengenai tadbir urus dalam menangani jenayah rasuah.

Ahmad Nizam Ismail (kanan) bertukar dokumen MoU dengan Mohd. Norhisham Aluwi di pejabat MFD, Puchong, Selangor.

Pada masa sama, MoU tersebut juga ke arah memberi pengetahuan mengenai bahasa isyarat kepada kakitangan Bahagian Pendidikan Masyarakat SPRM.

MoU itu ditandatangani oleh Pengarah Bahagian Pendidikan Masyarakat SPRM, Datuk Ahmad Nizam Ismail dan Presiden Mohd. Norhisham Aluwi yang mewakili MFD.

Turut hadir Pengarah Eksekutif MFD, Mohamad Sazali Shaari.

Pada majlis ringkas itu, SPRM dan MFD turut mengadakan mesyuarat bersama termasuk mengenai hala tuju, aktiviti dan program untuk tahun 2026.

Kakitangan SRPM tersebut juga berkesempatan meninjau perjalanan dan operasi Taska Istika Jaya yang menempatkan kanak-kanak pekak. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast