Seorang pembantu kedai maut selepas kemalangan di Jalan Taman Aman, Senai, Kulai semalam

KULAI – Seorang pembantu kedai maut selepas motosikal ditunggang melanggar sebuah kereta dalam kemalangan di Jalan Taman Aman, Senai di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Kulai, Asisten Komisioner Tan Seng Lee berkata, Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) menerima maklumat kejadian tersebut pada pukul 4 petang.

“Siasatan awal pihak polis mendapati kemalangan berlaku apabila kereta tersebut yang dipandu lelaki tempatan berusia 30 tahun sedang bergerak ke lorong kiri membelok ke kanan.

“Kemudian datang dari belakang sebuah motosikal yang ditunggang seorang lelaki tempatan berusia 19 tahun dari belakang di lorong kanan tidak sempat mengelak lalu melanggar kereta tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, akibat kemalangan tersebut mamgsa meninggal dunia di tempat kejadianl, kes disiasat bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan kejadian tersebut untuk menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Ahmad Safuan Abu Naim 017-7573507.

Tambahnya, boleh juga hadir ke Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Kulai.- MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast