JOHOR BAHRU – Tentunya perasaan gembira dan teruja buat pasangan dari sini apabila menyambut kelahiran anak ketiga pada cuti umum Hari Natal.
Pasangan Mohamed Fadzil Md Yusof,36 dan Nurul Ain Omar, 36, tidak menyangka bayi lelaki yang awalnya dijadualkan bersalin pada 31 Disember, keluar enam hari awal.
“Rasa happy sangat, walaupun mula-mula teruja nak bersalin 31 Disember sebab tarikh cantik, hujung tahun.
“Hari Natal pun happy sebab, jatuh pada cuti umum, satu Malaysia bercuti,” katanya berseloroh ketika ditemui hari ini.
Bayi seberat 3.55kilogram itu dilahirkan secara normal yang disambut Pakar Sakit Puan dan Perbidanan Hospital Pakar Puteri, Dr Noor Aini Sa’ari pada pukul 4 pagi.
Pasangan pekerja swasta ini bercadang menamakan bayi mereka dengan nama Mohamad Zayn memilih Hospital Pakar Puteri atas rekemendasi rakan-rakan.- MalaysiaGazette
















